hijrah tu bukan sekali.

Bismillah

Asalamualikum

Selama ni ana rasa dah berhijrah sepenuhnya. Meninggalkan segala keburukan yang biasa di lakukan dan melakukan segala kebaikan yang di tuntut sesuai dengan ajaran Islam.

Tapi, ana baru tersedar yang sebenarnya hendak berhijrah ni bukanlah suatu perkara yang mudah jika tidak di sertakan dengan niat yang betul dan usaha yang gigih sepanjang perjalanan berhijrah.

‘Sepanjang perjalanan berhijrah’?

Hijrah ni tak mengambil masa satu malam, satu hari, satu bulan ataupun satu tahun.

Selama mana kita menjalani perjalanan hidup ni, selama itu lah perjalanan Hijrah kita.

Selama ni, ana hanya terfikir yang ana dah buat apa yang patut untuk berhijrah.

Ana memang mencuba untuk meninggalkan perkara yang buruk yang biasa di lakukan sewaktu zaman Jahiliyyah.

Ana memang mengejar untuk membuat perkara-perkara yang baik.

What’s next? Is that it?

La! Nahee! Tidak!

Hijrah_Heart

Beberapa hari yang lalu, ana di tegur oleh Allah (SWT) melalui sebuah buku yang pernah di hadiahkan oleh seorang sahabat. Buku tu banyak menegur and membuka mata hati ana yang sebenarnya Hijrah tu di lakukan sepanjang perjalanan hidup kita dan ana tersedar bahwa di dalam diri ana, masih ada karat-karat halus jahiliyyah iaitu berprasangka buruk. MasyaAllah, Allah (SWT) tu Maha Mengetahui dan akan memberi petunjuk kepada siapa yang Ia mahu. Sewaktu ana sedang surfing, ana terjumpa satu gambar bermesej yang benar-benar membuatkan ana berfikir sedalam-dalamnya.

11242_101059796589271_100000557535663_27811_6998688_n

Dan Alhamdulillah, tarbiyyah dari Allah (SWT) datang satu persatu. Hari ini topik yang di bualkan dalam perjumpaan dengan sahabat-sahabat sewaktu berkelah di pantai ialah tentang persahabatan. Up to a point, ana rasa topik yang di bincangkan tu memang khas untuk ana. Setiap ilmu yang di kongsi oleh sahabat yang lain memang membukakan mata hati ana. Alhamdulillah, iAllah… ana akan insert tips untuk menjadi sahabat yang baik bila ana dah dapat sourcenya.

Ingatlah wahai sahabatku; Perkara yang sangat-sangat susah untuk di lakukan di dalam sebuah persahabatan itu ialah husnuzhon iaitu berprasangka baik.

“Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta bisikan hati. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar-dengar cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan di antara satu sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah (SWT) yang bersaudara.”

(Hadith Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

iAllah… akan ana usahakan menepis karat-karat jahiliyyah yang ada pada ana.

Do’a kan ana ya? :)

Hadith ke 13:

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik ra, menjelaskan bahwa Rasulullah saw bersabda,

“Tidak beriman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Published in: on December 24, 2009 at 10:38 pm Comments (1)


The URI to TrackBack this entry is: http://annisafirrayan.hadithuna.com/2009/12/24/hijrah-tu-bukan-sekali/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One Comment Leave a comment.

  1. on December 25, 2009 at 7:23 pm Sanie.J Said:

    Semoga kita semua ambil iktibar dari post ini, Allah (SWT) suka hambaNya yang berfikiran positif, bersikap positif juga salah satu sifat Rijal(Pahlawan Allah (SWT)).

Leave a Comment

Powered by WP Hashcash


Close
E-mail It