spices of life. :)


Sesungguhnya Iman ini amat lemah.
Sesungguhnya diri ini terlalu banyak kekurangannya.
Baru sahaja beberapa hari yang lepas ana memberi tazkirah kepada akhowat yang lain mengenai menjaga hubungan dengan ibu bapa dan betapa Islam menekankan tentang adab anak terhadap ibu bapanya.
Betapa besarnya dan lumayannya ganjaran Allah
kepada mereka yang menjaga hubungan dengan ibu bapa.
… dan betapa dahsyatnya pula azab Allah
kepada mereka yang tidak menjaga hubungan dengan kedua ibu bapanya, dalam perkataan lain iaitu derhaka kepada ibu bapa.
Hari ini, ana diberi pengajaran sekaligus membuka mata ana bahawa bukan senang untuk menjadi seorang muslimah yang ’sebenar-benarnya’. Bukanlah ana bermaksud niat ana untuk berubah itu semakin rapuh. Bahkan ana menyedari, ana kekurangan ilmu dan terlalu banyak lagi yang ana perlu belajar.
“Giving up is not an option, you have to fight it!”
Hari ini, ana telah terkeluar daripada batasan yang ditetapkan oleh Islam dalam menjaga hubungan dengan ibu bapa. Walaupun pada pendapat sesetengah orang tidak mengapa sekali-sekala memberontak tetapi cuba selidik semula ajaran Islam dalam adab menghormati ibu bapa.
Rasa di tampar muka ana (Background song – Tamparan Wanita by Elite) apabila terdengar pula DJ di radio Nur Islam membincangkan tentang menjaga hubungan dengan ibu bapa. Inilah teguran daripada Allah
ana mengagak. Dan inilah tarbiyyah daripada Allah
.
“It is when you experience it and made mistakes from it that you’ll learn.”
Tentang penjagaan hubungan dengan kedua ibu bapa kita sering kali di tekankan di dalam Al-Quran, malahan hubungan dengan ibu bapa seringkali disebutkan selepas hubungan dengan Allah
. Ketara sangatlah bahawa Allah
benar-benar menitik beratkan tentang adab kita terhadap kedua orang tua.
1. Sembahlah Allah
dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berb
uat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allahtidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri, (4:36)
2. Katakanlah: “Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu, yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan…. (6:151)
Sebagaimana pentingnya peranan anak kepada ibu bapanya, lebih penting lagilah peranan seorang anak terhadap ibunya.

1. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.
Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (31:14-15)2. Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”. (46:15)
Nabi Muhammad SAW juga sangat memuliakan kedudukan seorang ibu sepertimana disabdakan oleh baginda;
1. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasululah S.A.W. siapa yang lebih besar
haknya terhadap wanita?” jawab Rasulullah S.A.W. “suaminya”. “Siapa pula berhak
terhadap lelaki?” “Ibunya”.2. Apabila memanggil akan engkau 2 orang ibu bapamu, maka jawablah ibumu.
3. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
Over 1400 years ago, one of the companions of Prophet Muhammad
(peace be upon him)
asked him who the most deserving person of his kindness and his companionship was.
The Prophet (p) said, “Your mother.”
The man asked, “Then whom?”
He said, “Your mother.”
The man asked for the third time, “Then whom?”
The Prophet (p) said, “Your mother.“
The man asked for the fourth time, “Then whom?”
The Prophet (p) said “Your father.”

Alhamdulillah… Ana sudah berbaik dengan Ummi selepas beberapa jam saling mendiamkan diri. (menyamal lah tuuu…)
For more info about respect towards our mothers, kindly refer to my previous post – My Mother.
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.
(17: 23-24)
The URI to TrackBack this entry is: http://annisafirrayan.hadithuna.com/2009/06/02/mama-miaaaa/trackback/









Bless~ Mothers, as i have discovered and will discover, only want the best for their children.
The choice may not necessarily be the best for us (or most of us think that way) but when we go back and think about it, mothers only do it because out of a love that is so pure that sometimes logic cannot explain why she did what she did.
Mothers too are afraid of the effect of their decisions, but they rely mainly on their instinct and their knowledge on the child. There’s no proper manual on how to be the perfect mother, but mothers learn along the way that certain things work and certain things don’t. Trial and error
All we have to do is just keep in mind that Islam place mothers on a pedestal, ketaatan pada ibu adalah ketaatan pada Allah
(kecuali apabila di suruh berbuatan mungkar) and that she has made many sacrifices for us, insyaAllah, kemarahan akan redha